Follow me

Instagram

Tuesday, 17 January 2017

Menulis Novel Romantik Tanpa Adegan Panas.

Iklan sikit. :)


Ramai yang kata, adegan panas dalam novel boleh membantu jualan novel itu sendiri. Adegan panas boleh memanaskan pembaca untuk tak sabar memiliki novel tersebut. Boleh membuatkan pembaca ketagih, beli dan beli dan terus beli (saya pun tak faham, kalau setakat nak baca adegan panas, yang free belambak-lambak.) Novel erotic ni, jual lah harga berapa pun pasti ada yang serbu. Bagi penulis, antara kau sanggup tulis dan tak sanggup je.

Ada yang bagi alasan, dulu masa dia tulis novel biasa tak ada siapa kenal pun dia. Manuskrip kena tolak berkali-kali. Bila tulis novel panas je, terus berpusu orang serbu.

Okey, masing-masing ada alasan tersendiri dan ada pilihan tersendiri. Dan saya pun tak boleh nak kata banyak, nanti dibenci. hehehe.

Tetapi... kepada penulis baru, atau penulis novel panas yang dah mula nak insaf, saya boleh lah share sikit tips macam mana nak sedapkan novel anda tanpa adegan berahi. Tapi, saya cakap awal-awal, saya ni bukan penulis bestseller pun. Novel saya pun ramai je yang tak tahu kewujudannya. Dan novel saya pun bukanlah mematuhi syariah sangat pun. Sebetulnya tak layak sangat saya nak share tips menulis ni. Sangat tak layak. Lebih-lebih lagi apabila orang persoalan percapaian saya, hehehe. Memang terkedu. Sebab saya tak ada percapaian apa-apa yang boleh membanggakan pun. Anugerah tak ada. Novel bestseller tak ada. Novel adaptasi tak ada. So memang tak layak sangat nak bercakap soal tips menulis.

Tapi, saya tulis sajalah apa yang saya tahu. Nak cuba, tak nak baca, itu hak anda okey?

Nah...

Jika sebelum ni kau orang pakai adegan panas untuk lariskan novel, apa kata kali ini kau orang pakai CERITA itu sendiri.

1. Membina Cerita.

Cerita haruslah sebuah kisah yang kuat. Yang menarik perhatian pembaca. Bukan hanya kisah cinta uda dan dara, bertemu, bercinta, orang ketiga, berpisah, sambung balik kemudian kahwin. Tetapi biarlah kisah mereka itu ada tarikan yang buat pembaca nak tahu apakah seterusnya. Ada persoalan dan jawapan. Twist dan konflik baru yang menarik. Dari sini kita boleh memilih genre.

2. Genre

Genre pun boleh romantik tau. Misteri, Thriller, Crime, Fantasi, Seram, semua boleh ada elemen romantik tau! Sila luaskan definisi romantik anda.
Pilihlah genre mana yang anda mahir. Atau pun ada sesetengah orang kata, 'menulislah sesuatu yang anda paling takut untuk tulis'. Tapi ada juga yang kata, 'menulislah sesuatu yang anda mahir'. Apa pun kata orang, semuanya terserah pada diri penulis itu sendiri. Sama ada kau orang nak berada di zon selesa, menulis apa yang kau orang tahu je. Atau, kau adalah seorang penulis yang sukakan cabaran. Maka kau tulislah genre yang berlainan dari apa yang kau bawa selama ini. Apa pun, sebelum kau orang menulis sesuatu yang kau orang tak mahir, sila lah RESEARCH. RESEARCH. RESEARCH.

3. Watak dan Pewatakan

Pastikan watak yang menarik. Kalau kisah kau tu memerlukan hero yang kacak supersaiya, kaya tahap Karun, terserah, janji menarik (tapi kalau handsome dan kaya, memanglah menarik, kau tak payah kerja susah.) Kadang-kala, watak yang menarik ni bukan dia kaya dan kacak, tetapi macam mana kebijaksanaan penulis itu membina watak yang lelaki biasa, yang tak berapa kacak, yang kerja jual pasar malam, tetapi menarik. Kalau tahap hero biasa ni tapi pembaca boleh cair, kau memang hebat weh. 

Siapa pernah baca novel The Hunger Games? novel okey. Bukan versi movie. Siapa baca novel, mesti akan perasan macam mana penulis novel tu membina watak Peeta Mallark. Lelaki biasa je. Pembuat roti. Tak berapa nak handsome berbanding dengan Gale yang handsome tu. Kalau kau orang baca novel kau orang boleh lihat macam mana watak Peeta tu berkembang dan akhirnya menjadi hero dalam novel tu (hero?). Tapi siapa yang tengok movie je tak baca novel mesti korang frust sebab bukan Gale hero, kan? Heh.


Watak supaya menarik, kita boleh masukkan elemen2, cara pembawakan diri watak tu, penampilan, ciri-ciri fizikal (tak payahlah baik-balik nak mention badan sasa, mata biru, handsome, klise sangat - dlm novel saya pun ada, hahaha. Tapi tak semua macam tu.) kalau ya pun dia handsome, pastikan ada kekurangan lain, cth, dia buta ke...kikiki atau, Dia tak handsome tapi manis ka... elemen2 yang membolehkan pembaca membayangkan kelebihan dan kekurangan watak tu macam mana. Dari watak dan pewatakan ni, kita boleh sentuh tentang DIALOG.

4. Dialog.

Bagi saya, dialog sangat penting! Serius. Kalau saya baca novel saya suka peratikan dialog2 antara watak. Sesetengah orang tak anggap perkara ni penting. Tetapi sebenarnya Dialog lah jantung dalam sesebuah cerita. (okey, saya melebih-lebih.) Bagi sesetengah orang jantung novel adalah ceritanya, atau heronya, tapi bagi saya, dialog jantung.

Dialog dan perbualan harian sangat berbeza. Dialog membawa cerita, mengerakkan cerita, memaparkan perwatakan, peribadi, style, cerita anda.

Perbualan harian : 
A: "Kau dah makan?"
B : "Belum. Kau?"
A: "Belum."
B: "Habis tu lapar tak?"
A: "Lapar jugak."
B: "Jom makan."

Dialog :
C: "Kau dah makan?"
D: "Dua hari lepas."
C: "So kebulur lah ni?"
D: "Eh, dua hari tak makan, mana ada kebulur pun."

Nampak tak perbezaan? Perbualan harian, tak ada apa-apa yang pembaca dapat dari perbualan tu. Tapi dari dialog kat bawah tu, pembaca dah boleh bayang watak D sangat sinikal. Kemungkinan dia sinikal sebab C cerewet gila nak pilih tempat? Atau D memang tak suka C? Semua tu bergantung pada cerita itu nanti. Tetapi dari dialog tu pembaca dah boleh tertanya, apa hal dengan si D ni? Emo semacam!

Okey. Itu contoh paling mudah saya boleh kongsi. Nak kongsi banyak2 nanti panjang berjela pula posting ni. Okey, dari dialog boleh munculkan mood romantik/kemanisan terlampau. Kau orang boleh je letak joke atau pun orang sekarang panggil, pickup line. Nak mahir hal dialog ni kau orang kena baca satu buku khas pasal dialog je. Tak pun, kau orang cubalah baca novel2 penulis bestseller luar negara, kau perati dialog2 yang dibina. Kadang tu, memang menarik beb! Dialog je kau boleh jatuh cinta dengan watak dalam cerita tu. Tak perlu scene bilik tidur pun. Percayalah!

5. Setting Scene

Ini pun memainkan peranan penting dalam menaikan mood romantik dalam novel. Bukan bilik tidur je boleh naikkan mood romantik, tetapi banyak lagi tempat2 setting2 yang boleh menjadikan scene kau dalam novel tu terasa romantik amat. Kadang tu, scene tenung gunung pun boleh romantik kalau si hero tu, tolong kibaskan nyamuk yang nak gigit heroin. 

Scene joging pun terasa romantik apabila hero terpaksa lupakan target larian dia demi nak memastikan heroin tak berlari seorang diri kat kawasan sunyi tu.

atau, kau orang buat mood romantik muncul dengan jelaskan cuaca, muzik, latar tempat tu, bauan... dan macam-macam lagi lah. Tapi jangan bagi gambaran yg berjela-jela panjang pulak, itu namanya meleret dan membosankan. Jangan pula kau nak cerita pasal cuaca, tapi segala jenis bunyi, bentuk awan, segala jenis burung kau nak jelaskan dekat situ. Cukuplah kau tulis...

'As i open my eyes the first thing I see is sky, blue sky with wispy white clouds floating by.' - Step Back In Time by Ali Mcnamara

Saya selalu baca manuskrip yang penulis malas buat setting scene. Tetiba je masuk dialog, kita yang baca ni tercari-cari mood cerita. Sampai sudah tak jumpa. Boleh je nak mulakan dialog, atau satu scene tu dialog je, tapi janganlah buat satu novel macam tu. Pembaca pun boleh letak novel tu. Jadi, setting antara perkara penting untuk membangkitkan mood romantik pembaca.

Jadi, itulah serba sedikit tips yang saya boleh kongsi bagaimana nak buat novel romantik tanpa adegan gedik dan panassss.

Sekian.

Selamat menulis!

p/s : Nantikan novel JIKA AKU by Anna Lee dalam tahun 2017 ni. Bila tu, saya tak pasti. Eh, iklan lagi. :P (Tapi jangan kau orang jadikan novel saya sumber study korang pulak. Saya pun masih berlajar dan praktik dalam novel sendiri. Entah menjadi ke tak.) Kalau ada typo ke apa ke, sorry ya, saya ni disleksia kadang2 ejaan tak berapa nak mahir. Tapi pelik macam mana boleh jadi penulis? emmmm. Atau ada auto ejaan yang buat ejaan saya salah? hihihi.

1 comment:

Popular Posts