Follow me

Instagram

Thursday, 12 January 2017

Berapa tahun lagi?

Saya kerap terlintas di hati, Ya Allah, berilah peluang untuk aku bersiap sedia sebelum ke alam sana. Jangan engkau jemput aku dalam keadaan aku masih cintakan dunia.

Beberapa bulan lepas ada berita yang membuatkan saya terkejut dengan apa yang berlaku. Segalanya tidak terduga. Hampir seminggu saya ambil masa untuk hadam segalanya. Mungkin, Allah sudah perkenankan doa saya. Mungkin sudah tiba masanya perlahan-lahan saya cuba lepaskan keseronokan dunia.

Ya, sudah tiba masanya. Saya tak bersedia. Belum bersedia. Tetapi Allah sudah pilih jalan ini untuk saya. Mungkin disebabkan kelalaian sendiri dan sebahagiannya mungkin inilah jalannya yang perlu saya lalui.

Bila saya pandang ke belakang. Ya Allah tak sanggup nak pandang. Terlalu banyak dosa2 yang tak tertanggung. Bila pandang ke depan, saya takut. Sempat ke? Berapa lama lagi? 10 tahun? 20 tahun? 30 tahun? Mampu ke saya berjuang?

Apa pun. Kematian itu adalah rahsia Allah. Tetapi apa yang ada selepas kematian bukan lagi rahsia. Kita yang tentukan ke jalan mana yang kita akan tuju di sana nanti.

Saya tak mahu cari nama. Saya tak mahu kejar popular. Saya tak mahu kejar kekayaan. Saya cuma mahu tinggalkan kebaikan untuk anda2 semua kenangkan dan bekal untuk saya ke sana.

Tapi saya harus terus menulis. Saya perlu cari duit. Tapi bukan untuk kaya raya atau popular, tetapi untuk saya berkongsi dengan mereka yang memerlukan. Untuk disediakan untuk adik dan bonda. Untuk saya ke Rumah Allah. Untuk saya  kumpul harta di sana kelak.

Semoga Allah meredai usaha saya ini. Aamin.

Andai saya tiada nanti. Kenangkan yang indah2 tentang saya ya. Jangan sedih. Itu masa saya. Masa anda akan tiba juga nanti.

1 comment:

  1. Semoga Allah meredai usaha kamu insya Allah. Dan saya juga. Aamin.

    ReplyDelete

Popular Posts