Follow me

Instagram

Monday, 7 November 2016

Review Novel : Hello


Masya Allah, Alhamdulillah dengan segala komen yang positif yang saya terima. Semoga pembaca lain pun akan merasai perasaan yang sama ketika membaca novel Hello ni.

Naikan Semangat yang Hilang.




6 Perkara yang korang boleh buat bila korang 'down' :-

1. BUAT HAL SENDIRI yg korang suka. - drink cup of hot coffee/tea, get a massage,
take a longggg shower,
make a snack,
baca buku,
tengok movie.

2. BERGERAK - jogging, jalan-jalan,
menari,
drive to new town (yg ini saya sukaaa! last week pergi Hulu Selangor, hehehe) naik basikal,
swim,
jump rope,
dust the living room... dlln

3. GET CREATIVE - doodle?
visit museum (baru last week buat, hahaha)
create new outfit,
create video,
create new recipe,
kemas rumah.

4. SIBUKKAN KEPALA korg -  write a story (tgh buat :P),
belajar skill baru (masak ke, jahit ke, lukis ke)
pergi kedai buku! korang hidu bau buku puas2,
belek buku puas2,
belek buku kanak2 ke,
research topik yg korang nak buat,
read a good book.

5. BERSOSIAL uols! - pi kacau member korang, whatsapp jelah apa2 paling teruk korang wassap dgn 1 patah perkataan... "Weh, help me!!" comfirm member korg berderu tanya "Awat weh???"... hahahaha.
atau...
counsel someone, hahaha ini pun pernah buat, sudahnya hakak yg pening but puas hati.
lunch date..
buat kek lepas tu hantar kat saya ke...

6. KEAGAMAAN - azam, hari tu korang  pastikan buat solat sunat dan solat on time.
Ngaji walau pun sebaris ayat atau
zikir2.

Kalau tak berjaya juga atasi down korang tu... hakak rasa korang ada masalah jiwa yg teruk ni.


Monday, 20 June 2016

Dulu dan sekarang

Ya ampunnn...
Macam jenis sarang dah ada kat dalam blog ni. Sejak2 ada macam2 jenis media sosial ni, saya dah tak reti nak tulis blog dah. Kalau dulu, macam2 kongsi dekat sini. Tapi sekarang, semua up dekat instagram... facebook...
Sebenarnya...
kalau ikut hati...
banyak je nak tulis dan merepek dekat sini. Tapi, dunia sekarang tak macam dulu. Dulu kita bebas je nak tulis apa saja. Tapi sekarang, hakim merata2 tempat. Semua benda kita buat orang nak hakimi. Semua benda kita nak cerita orang nak kritik. Payah, kan? Agaknya sebab itu juga saya pun dah malas nak berblogging.
Satu lagi...
dulu jadi blogger bebas. Bukan penulis novel, jadi saya bebas nak tulis apa. Tapi sekarang, ada mata2 memerhati dan menanti kita buat silap, kemudian kita akan jadi bahan kutukan berjemaah. Jadi, itu salah satunya juga kenapa saya pun dah malas nak berblogging.
Dah jadi penulis ni, haters is every where, takut wakkk! hahaha.
so...
see you next entry.

Tuesday, 19 April 2016

Novel Mesej


BLURB :-

Hidup Aria huru-hara apabila rumah yang disewanya berhantu.

Tetapi, benarkah rumah itu berhantu?

Pertemuan Aria dan Jason sangat pelik. Tak tercapai dek akal manusia normal. Namun pertemuan itu telah membawa keduanya menjelajah dunia cinta yang luar biasa.

Ada rahsia di sebalik MESEJ untuk anda bongkar. Berani?

Popular Posts