Follow me

Instagram

Thursday, 2 July 2015

Ujian Menemukan Jawapan

Entry kali ini sekadar catatan untuk lepaskan apa yg terbuku di hati. Tak perlulah anda baca sehingga habis. Tak ada apa yg menarik pun.





Tanggal 27 June 2015 sekitar 11.50 malam ayahanda meninggalkan kami untuk selamanya. Beberapa kali saya soal emak...
"Betul ke abah dah tak ada?" sambil mata melihat saudara memeriksa nadi ayahanda.
Mak tak jawab, sebaliknya menangis. Seperti biasa, saya kawal air mata. Saya tanya lagi. Tapi saya berhenti tanya apa bila melihat atuk saudara ikat bahagian kepala. Ketika itu, lemah seluruh anggota badan. Air mata masih tak menitis. Kaku. Kelu.

Dua hari sebelum...
Emak call, cerita keadaan ayah yg mula tak minum apa2. Kakak cuba sedapkan hati kami yang jauh. Katanya, tak apalah kalau tak balik. Adik tetiba whatsapp tanya sama ada saya nak ikut balik ke tak. Saya cakap nak, kejadian itu jumaat lepas. Seminggu dari hari ni. Dia kata kita balik sabtu ahad ni. Saya tanya balik, esok dah sabtu, so bertolak malam ni ke? Sebab kalau betul saya lega dan nak packing. Selepas berbincang dia kata minggu depan sebab dia nak cuti jumaat (hari ni sepatutnya) so boleh balik lama. Tapi Alhamdulilah, bila saya tanya Mr Presiden, dia kata baik balik malam ni, sebab kebetulan dia tak busy, so boleh balik dengan tenang. Kalau minggu depan takut dah busy. Jadi saya bagi tahu adik, Alhamdulilah laju dia setuju. Saya pun berkemas ala kadar, sebab ingat nak dua hari je sebab saya plan minggu depan saya nak balik lagi.

Malam ketika nak bertolak, tetiba mak call kata adik yg study kat IPG Pantai Dalam nak ikut balik. Mula saya dan sorang lagi adik plan balik satu kereta, jadi adik yg di IPG tak muat nak ikut, namun Alhamdulilah, Allah bukakan pintu hati kakak di Kajang untuk balik dengan kereta dia tapi tak ada pemandu sebab husband dia tak dapat ikut sebab ada kursus. Selepas berbincang akhirnya adik di Sentul akan drive kereta akak dari Kajang. Jadi kami balik dua buah kereta. Pada awalnya agak stress sebab tunggu mereka lambat sampai. Maklumlah, saya dah ready dari siang, dorang berkemas masa saya dah bertolak. Jadi kami tunggu dia orang kat gombak. Dalam hati 'for the sake of my father' kami tunggu dlm kereta hampir dua jam. Stress tu bukannya apa, sbb plan nak bersahur kat rumah, tak nak bersahur kat highway Pantai Tmur yg baru dan yang gelap gelita tu.

Alhamdulilah, hasil pecutan kami selamat sampai kat rumah kakak di seberang takir pada pukul 4.30 pagi. Kami bertolak dari gombak pada pukul 12.00 lebih hampir pukul 1. Sampai rumah, jenguk abah. hati sayu, tapi tahan. Selepas bersahur sempat berbual kejap dengan mak lepas tu tidur. Siang tu bila tengok keadaan abah, memang hati rasa semacam. Petang tu, sempatlah tidur sebelah abah. kalau sebelum ni balik, memang saya akan tidur sebelah abah. Petang keluar kejap beli barang yg orang pesan dan beli makan tuk berbuka. Alhamdulilah, ALLAH gerakkan hati abang ipar di Kajang dan kakak di Subang untuk balik pada siangnya itu.

Malam lepas berbuka masing2 berkumpul dalam bilik abah. Mak sempat cakap...
"Abah, anak2 semua dah ada ni." (abah dah 2-3 bulan tak faham apa2 disebabkan gangguan saraf akibat diabetes) wajah masing2 sugul. Dada abah berombak kencang. Saya dan Mr President duduk sebelah katil abah. Lama kami berkumpul dalam bilik tu, sembur air dalam mulut abah, basahkan bibir abah. Hati hanya Tuhan saja tahu. Nak menangis takut akan buat orang lain menangis, jadi tahan jelah.

Saya lap badan abah. memang dah jadi rutin saya kalau duduk sebelah abah akan belek dan sapu badan abah dengan wet tissu supaya badan lesu dia terasa segar. Kakak tanya, kenapa badan abah melekit? Lap badan abah dengan apa? Saya cakap dengan tisu basah je. Saya turut rasa, memang lekit. Lepas tu, ma pula rasa kepala abah, dia hairan kepala abah terasa basah dan lembab. Kami semua rasa. Memang pelik. Sebab kami tak basahkan kepala abah pun. Selepas beberapa jam... saya keluar sekejap dari bilik tu, ajak Mr P minum di kedai depan sebab dalam rumah tu sangat panas malam tu, berpeluh2. Dalam berjalan ke kedai, saya cakap... saya reda kalau ALLAH jemput abah, sebab kesian tengok abah mcm tu, kurus kering, tak makan tak minum. Berlakulah sesi luahan hati sedih. Saya tak tahu kenapa, saya memang tak suka pamer kesedihan depan semua orang.

Balik minum (sekejap je.) masuk bilik abah tapi lepas tu saudara mara mula sampai... kami anak2 keluar bilik sebab bagi ruang kat mereka jenguk abah. Saya tak duduk jauh, cuma kat kerusi sebelah bilik. Sambil melihat karenah anak saudara, tetiba saya rasa nak jenguk abah lagi, biarlah dia orang ada pun. Saya ke muka pintu bilik. Tengok atuk saudara tengah cari nadi. Tergamam sekejap. Lepas tu terus lari masuk bilik panjat katil sebelah abah. Kenapa abah nampak tenang? Hati dah tak sedap. Atuk saudara periksa lagi nadi di tempat lain. Saya mula tanya ma. Sambil pandang dada abah yang dah tak berombak seperti sebelum ni.

Ya ALLAH. Abah dah pergi. Saya marah diri sendiri. Kenapa tak duduk je sebelah abah dari tadi!! Air mata masih tak menitis. Sebab terkejut teramat. Niat saya... nak abah hembus nafas ketika saya disebelah tak tercapai. Mak suruh call dua lagi adik yg tak balik. Sebaik saja call mereka... air mata saya menitis tak berhenti.

Alhamdulilah, menguruskan jenazah abah mudah. Pukul 9 pagi esok semua sudah siap. Esok pagi abah di bawa pulang ke tanah perkuburan di kampung. Tak perlu orang lain untuk angkat keranda abah, cukup anak menantu dan cucu. Tak perlu orang lain untuk ceduk pasir, cukup anak menantu dan cucu. Alhamdulilah. Beruntung abah ramai anak menantu dan cucu. Tak sempat orang lain buat, semua anak cucu yang selesaikan.

Alhamdulilah... kami masih punya nenek saudara yg sangat perihatin. Ajak kami ke rumah mereka suruh berehat sebab semalaman kami tak tidur. Mereka sediakan makan berbuka. Alhamdulilah. Mana pergi ayah saudara kami? Emak saudara kami? Saya pun tak tahu. Muncul sekejap, lepas tu hilang. Kami buat makan2 sedekah duit arwah untuk orang berpuasa. Tak buat majlis apa pun, sekadar sediakan kuih muih untuk tiga buah surau. Tapi... Ayah saudara yg hilang ttiba call saya tanpa bila buat tahlil? (saya tak suka sebut tahlil, saya lebih suka sebut sedekahkan makanan kepada orang masjid/surau) saya cakap dah buat semalam, tapi sedekah kuih je. Lepas tu dia terus marah sebab tak bagi tahu dia sepatah, then putuskan panggilan. Saya terkebil-kebil.

Kenapa saya perlu bagi tahu? Sedangkan dia tahu abah meninggal dia sepatutnya datang dan tanya macam mana keadaan kami? Apa kami nak buat? Dia ingat kami buat kenduri kahwin ke?? Saya suruh ma call dia balik utk jelaskan yg kami buat simple2 je, tapi sebaliknya ma pulak kena marah. Tak pasal2 orang tua tu menangis. Dah lah baru hilang suami, adik sendiri lak marah2. Serius saya tak faham. Sudahnya saya kata. tak payah layan! Bukan dia tak tahu abah meninggal, apa hal pulak kita nak kena jemput dia bagai? Kenapa tak datang dan tanya? Dah hilang hormat. Tapi masa abah sakit dia ada juga tolong bawakan ustaz untuk abah. Jadi... tak jadi nak marah sangat... huhuhu.

Mak saudara yang kami selalu ziarah kalau beraya... hilang sebaik sahaja muncul ketika abah dimandikan. Tak tanya keadaan kakak dan anak saudaranya macam mana... makan apa... tak apalah, dia ada perniagaan nak diuruskan.

Rakan-rakan saya? Alhamdulilah... ramai yg hantar mesej ucap takziah, itu menunjukkan mereka caring. Yang tak hantar tu? Mungkin mereka sibuk.

Kesimpulan...

Itulah adat dunia... ketika kita diuji kita akan tahu siapa yang sebenarnya yg ikhlas berada di sisi kita.


p/s : Tak perlulah datang ziarah kami kalau datang sekadar tayang muka dan belek telefon. Orang lain lebih bagus. walau bukan saudara mara, tapi sebaik sahaja sampai dan nampak muka saya, dia terus serbu dan datang peluk saya. Itu orang yg tak ada pertalian. Kesimpulan... pertalian akan longgar apabila.... entah sambung sendiri.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts