Follow me

Instagram

Monday, 10 August 2015

Binaa Asas dalam penulisan

Binaa asas dalam penulisan mengunakan 3 Act

ACT I (permulaan)
- This is the setup.
- Petunjuk yang akan membawa kepada point 1, juga merupakan 'gam' kepada karektor utk capai goal.
- Point no return.

ACT II (tengah)

- The big one, atau lebih dikenali sebagai bahagian tengah manuskrip anda.
- The main battle ground that make up the war! - kat sini berlaku semua konflik kecik membawa ke konflik besar, atau lebih tepat, perjalanan scene to scene ke arah konflik dan sehingga ke kemuncak.
- End with plot poin 3 -  Calm before the storm.

ACT III (akhir)

- Final battle.
- Key scene - black moment. Big thing happen.
- karektor belajar sesuatu.
- grown
- leading to climax.
- reader 'come down' from high of climax.
- external problem - settle
- Internal problem - settle

Thursday, 2 July 2015

Ujian Menemukan Jawapan

Entry kali ini sekadar catatan untuk lepaskan apa yg terbuku di hati. Tak perlulah anda baca sehingga habis. Tak ada apa yg menarik pun.





Tanggal 27 June 2015 sekitar 11.50 malam ayahanda meninggalkan kami untuk selamanya. Beberapa kali saya soal emak...
"Betul ke abah dah tak ada?" sambil mata melihat saudara memeriksa nadi ayahanda.
Mak tak jawab, sebaliknya menangis. Seperti biasa, saya kawal air mata. Saya tanya lagi. Tapi saya berhenti tanya apa bila melihat atuk saudara ikat bahagian kepala. Ketika itu, lemah seluruh anggota badan. Air mata masih tak menitis. Kaku. Kelu.

Dua hari sebelum...
Emak call, cerita keadaan ayah yg mula tak minum apa2. Kakak cuba sedapkan hati kami yang jauh. Katanya, tak apalah kalau tak balik. Adik tetiba whatsapp tanya sama ada saya nak ikut balik ke tak. Saya cakap nak, kejadian itu jumaat lepas. Seminggu dari hari ni. Dia kata kita balik sabtu ahad ni. Saya tanya balik, esok dah sabtu, so bertolak malam ni ke? Sebab kalau betul saya lega dan nak packing. Selepas berbincang dia kata minggu depan sebab dia nak cuti jumaat (hari ni sepatutnya) so boleh balik lama. Tapi Alhamdulilah, bila saya tanya Mr Presiden, dia kata baik balik malam ni, sebab kebetulan dia tak busy, so boleh balik dengan tenang. Kalau minggu depan takut dah busy. Jadi saya bagi tahu adik, Alhamdulilah laju dia setuju. Saya pun berkemas ala kadar, sebab ingat nak dua hari je sebab saya plan minggu depan saya nak balik lagi.

Malam ketika nak bertolak, tetiba mak call kata adik yg study kat IPG Pantai Dalam nak ikut balik. Mula saya dan sorang lagi adik plan balik satu kereta, jadi adik yg di IPG tak muat nak ikut, namun Alhamdulilah, Allah bukakan pintu hati kakak di Kajang untuk balik dengan kereta dia tapi tak ada pemandu sebab husband dia tak dapat ikut sebab ada kursus. Selepas berbincang akhirnya adik di Sentul akan drive kereta akak dari Kajang. Jadi kami balik dua buah kereta. Pada awalnya agak stress sebab tunggu mereka lambat sampai. Maklumlah, saya dah ready dari siang, dorang berkemas masa saya dah bertolak. Jadi kami tunggu dia orang kat gombak. Dalam hati 'for the sake of my father' kami tunggu dlm kereta hampir dua jam. Stress tu bukannya apa, sbb plan nak bersahur kat rumah, tak nak bersahur kat highway Pantai Tmur yg baru dan yang gelap gelita tu.

Alhamdulilah, hasil pecutan kami selamat sampai kat rumah kakak di seberang takir pada pukul 4.30 pagi. Kami bertolak dari gombak pada pukul 12.00 lebih hampir pukul 1. Sampai rumah, jenguk abah. hati sayu, tapi tahan. Selepas bersahur sempat berbual kejap dengan mak lepas tu tidur. Siang tu bila tengok keadaan abah, memang hati rasa semacam. Petang tu, sempatlah tidur sebelah abah. kalau sebelum ni balik, memang saya akan tidur sebelah abah. Petang keluar kejap beli barang yg orang pesan dan beli makan tuk berbuka. Alhamdulilah, ALLAH gerakkan hati abang ipar di Kajang dan kakak di Subang untuk balik pada siangnya itu.

Malam lepas berbuka masing2 berkumpul dalam bilik abah. Mak sempat cakap...
"Abah, anak2 semua dah ada ni." (abah dah 2-3 bulan tak faham apa2 disebabkan gangguan saraf akibat diabetes) wajah masing2 sugul. Dada abah berombak kencang. Saya dan Mr President duduk sebelah katil abah. Lama kami berkumpul dalam bilik tu, sembur air dalam mulut abah, basahkan bibir abah. Hati hanya Tuhan saja tahu. Nak menangis takut akan buat orang lain menangis, jadi tahan jelah.

Saya lap badan abah. memang dah jadi rutin saya kalau duduk sebelah abah akan belek dan sapu badan abah dengan wet tissu supaya badan lesu dia terasa segar. Kakak tanya, kenapa badan abah melekit? Lap badan abah dengan apa? Saya cakap dengan tisu basah je. Saya turut rasa, memang lekit. Lepas tu, ma pula rasa kepala abah, dia hairan kepala abah terasa basah dan lembab. Kami semua rasa. Memang pelik. Sebab kami tak basahkan kepala abah pun. Selepas beberapa jam... saya keluar sekejap dari bilik tu, ajak Mr P minum di kedai depan sebab dalam rumah tu sangat panas malam tu, berpeluh2. Dalam berjalan ke kedai, saya cakap... saya reda kalau ALLAH jemput abah, sebab kesian tengok abah mcm tu, kurus kering, tak makan tak minum. Berlakulah sesi luahan hati sedih. Saya tak tahu kenapa, saya memang tak suka pamer kesedihan depan semua orang.

Balik minum (sekejap je.) masuk bilik abah tapi lepas tu saudara mara mula sampai... kami anak2 keluar bilik sebab bagi ruang kat mereka jenguk abah. Saya tak duduk jauh, cuma kat kerusi sebelah bilik. Sambil melihat karenah anak saudara, tetiba saya rasa nak jenguk abah lagi, biarlah dia orang ada pun. Saya ke muka pintu bilik. Tengok atuk saudara tengah cari nadi. Tergamam sekejap. Lepas tu terus lari masuk bilik panjat katil sebelah abah. Kenapa abah nampak tenang? Hati dah tak sedap. Atuk saudara periksa lagi nadi di tempat lain. Saya mula tanya ma. Sambil pandang dada abah yang dah tak berombak seperti sebelum ni.

Ya ALLAH. Abah dah pergi. Saya marah diri sendiri. Kenapa tak duduk je sebelah abah dari tadi!! Air mata masih tak menitis. Sebab terkejut teramat. Niat saya... nak abah hembus nafas ketika saya disebelah tak tercapai. Mak suruh call dua lagi adik yg tak balik. Sebaik saja call mereka... air mata saya menitis tak berhenti.

Alhamdulilah, menguruskan jenazah abah mudah. Pukul 9 pagi esok semua sudah siap. Esok pagi abah di bawa pulang ke tanah perkuburan di kampung. Tak perlu orang lain untuk angkat keranda abah, cukup anak menantu dan cucu. Tak perlu orang lain untuk ceduk pasir, cukup anak menantu dan cucu. Alhamdulilah. Beruntung abah ramai anak menantu dan cucu. Tak sempat orang lain buat, semua anak cucu yang selesaikan.

Alhamdulilah... kami masih punya nenek saudara yg sangat perihatin. Ajak kami ke rumah mereka suruh berehat sebab semalaman kami tak tidur. Mereka sediakan makan berbuka. Alhamdulilah. Mana pergi ayah saudara kami? Emak saudara kami? Saya pun tak tahu. Muncul sekejap, lepas tu hilang. Kami buat makan2 sedekah duit arwah untuk orang berpuasa. Tak buat majlis apa pun, sekadar sediakan kuih muih untuk tiga buah surau. Tapi... Ayah saudara yg hilang ttiba call saya tanpa bila buat tahlil? (saya tak suka sebut tahlil, saya lebih suka sebut sedekahkan makanan kepada orang masjid/surau) saya cakap dah buat semalam, tapi sedekah kuih je. Lepas tu dia terus marah sebab tak bagi tahu dia sepatah, then putuskan panggilan. Saya terkebil-kebil.

Kenapa saya perlu bagi tahu? Sedangkan dia tahu abah meninggal dia sepatutnya datang dan tanya macam mana keadaan kami? Apa kami nak buat? Dia ingat kami buat kenduri kahwin ke?? Saya suruh ma call dia balik utk jelaskan yg kami buat simple2 je, tapi sebaliknya ma pulak kena marah. Tak pasal2 orang tua tu menangis. Dah lah baru hilang suami, adik sendiri lak marah2. Serius saya tak faham. Sudahnya saya kata. tak payah layan! Bukan dia tak tahu abah meninggal, apa hal pulak kita nak kena jemput dia bagai? Kenapa tak datang dan tanya? Dah hilang hormat. Tapi masa abah sakit dia ada juga tolong bawakan ustaz untuk abah. Jadi... tak jadi nak marah sangat... huhuhu.

Mak saudara yang kami selalu ziarah kalau beraya... hilang sebaik sahaja muncul ketika abah dimandikan. Tak tanya keadaan kakak dan anak saudaranya macam mana... makan apa... tak apalah, dia ada perniagaan nak diuruskan.

Rakan-rakan saya? Alhamdulilah... ramai yg hantar mesej ucap takziah, itu menunjukkan mereka caring. Yang tak hantar tu? Mungkin mereka sibuk.

Kesimpulan...

Itulah adat dunia... ketika kita diuji kita akan tahu siapa yang sebenarnya yg ikhlas berada di sisi kita.


p/s : Tak perlulah datang ziarah kami kalau datang sekadar tayang muka dan belek telefon. Orang lain lebih bagus. walau bukan saudara mara, tapi sebaik sahaja sampai dan nampak muka saya, dia terus serbu dan datang peluk saya. Itu orang yg tak ada pertalian. Kesimpulan... pertalian akan longgar apabila.... entah sambung sendiri.

Thursday, 11 June 2015

16 kunci untuk jadikan novel best-seller?

Macam tak layak je nak share benda ni kat korang. Sebab kalau korang tengok my track rekod pun korang akan setuju saya tak layak share benda ni, kan? hahahaha... yaa... yaaa... novel saya tak ada jadi best-seller lagi pun. Tak ada duduk megah kat rak best-seller... tapi tak bermakna saya hanya tulis novel 'lepas batuk di tangga' kan? Tulis tetap tulis... ikhlas tetap ikhlas... bersungguh-bersungguh dan serius dalam menulis tetap ada walau tak ada sesiapa dengar dan hargai, itulah key sebenar seorang writer! hehehehe... okey... meh saya share sikit apa yg saya baca dan belajar dan cuba suntik dlm setiap novel saya...

1. Fokus - the power to bring an issue into clear view.
2. Logik - walau kisah fantasi sekali pun, pastikan semua tindakan/action watak itu logik. Make sense. (boleh refer to my prev. post pasal crucible.
3. A compelling style - writing in a way that engages.
4. A sense of humour - wit or at least irony.
5. Simplicity - clarity and focus on single idea.
6. Entertainment - the power to get people to enjoy what you write.
7. A fast pace - The ability to make your writing feel like a quick read.
8. Imagery - The power to create pictures with words.
9. CREATIVITY - The ability to invent. (this is my favourite - even kisah Klise korang boleh guna creativity agar novel orang berbeza)
10. Excitement - Writing with energy that infects a reader with your own enthusiasm.
11. Comfort -  Writing that imparts a sense of well-being.
12. Happiness -  writing that give joy.
13. Truth - or at least fairness.
14. Writing that provokes - Writing to make people think or act ( i love this one! kalau jumpa dlm novel yg saya baca memang saya pemurah nak bagi 4 star! hehehe)
15. Active, memorable writing - The poetry in your prose (dlm erti kata lain, cipta your own ayat/prasa guna diksi yg tepat dan jelas, poetry tak semestinya kita guna perkataan yang wujud di kurun 17, tapi biar sedap dan mudah difahami.
16. A sense of WOW! - the wonder your writing imparts on a reader (i love this one too!!!)

Good luck to you and to me too... hahaha.. moga2 dapatlah novel kita jadi best-seller bulan depan... hahahah.

Dipetik dari The Writer's little Helper - James V. Smith Jr.

Tuesday, 19 May 2015

Aku nak jadi novelist : Pengenalan (panjang, boleh skip, tak da hal)


Novelist? huh, tak pernah terfikir.

Kalau diimbas balik zaman sekolah dulu, memanglah saya suka mata pelajaran Bahasa Melayu, saya suka karangan, saya suka sajak, tapi tak pernah terfikir pun akan jadi penulis. Darjah enam saya kenal novel. Novel pertama yang saya baca sudah tentu keluaran Creative Enterprise. 

Dan novel pertama yang saya baca saya masih ingat sampai sekarang tapi saya lupa tajuknya. Yang pasti heronya mati!! stress! Dahlah baru kenal dunia novel, darjah 6 pulak tu, saya dah kena hadap dengan kisah yang super stress macam tu, so, apa lagi, menangis beb! Termenung berhari-hari. Budak umur 12 tahun lain tengah syok main pondok-pondok, anak patung, saya pula duk sedih melayan perasaan hero mati. Geram kat penulis tu memang Tuhan saja yang tahu. Mujur zaman tu tak ada facebook, kalau tak memang saya cari penulis tu sampai jumpa! Dan sahih panjang lebar saya bebel kat PM. :P

Sejak novel pertama tu, saya ketagih novel, mujur masa tu kakak saya 'kaya' novel, dia ada novel berkotak-kotak. Dan saya apa lagi, heaven lah! Tengok novel je meleleh air liur macam tengok ayam panggang! Saya bantai je semua jenis novel. Kalau dah gila novel, memang dah tak peduli cerita apa. Semua best semendang. Sanggup tak makan, berkurung dalam bilik, mak buka pintu geleng kepala tengok saya tergolek mengadap novel.(pernah terjadi situasi ni kat korang tak? mesti pernah kan? pastu mak membebel... hahahaha, kau kenyang ke makan novel??)

Novel Indonesia pun saya layan dan sampai sekarang saya masih ingat jalan cerita tu, sebab lain, tak macam novel creative yg saya pernah baca. Dan kerana novel Indonesia itu juga saya mula gilakan novel thriller.

Novel pertama yang saya beli dengan duit sendiri adalah... JAUH. Mesti korang tahu siapa penulisnya, kan? Senior Aisya Sofia. Lunyai novel tu saya kerjakan. Tapi sayang lepas bagi pinjam sana sini, novel tu hilang. (Peringatan pada diri sendiri dan korang, JANGAN bagi pinjam kat sesiapa! hehehe, suruh dia orang beli, boleh bantu industri penulisan negara, bantu saya jugalah tu... hehehe.)

Novel-novel seterusnya... Kau Yang Satu... Ombak Rindu... banyak lagi, masa tu kalau masuk kedai buku rasa macam masuk butik LV, heaven! mampu pandang, tak mampu beli, hahaha maklumlah student. Duit tak banyak. Liur meleleh hanya Tuhan yang tahu. Siap berazam tak sabar nak kerja sebab nak beli novel banyak-banyak.

Bila dah kerja, busy dengan kehidupan, terlupa seketika pada novel. Tapi mujur rumah dekat nak ke The Mall jadi kadang2 kalau saya bosan suka jalan-jalan seorang diri ke sana dan masuk kedai buku. Masa tu dah berangan, kotlah lepak kedai buku jumpa pakwe handsome yang minat sama, gila buku... kakakakaka. Tapi... realiti beb, hahahha.. takde pakwe handsome masuk kedai buku, dorg suka masuk kelab malam je kut or masuk shopping mall cuci mata cari awek, or masuk gim nak kasi sado badan nak ngorat awek cun yang kaya. :P

Jadi, bila masuk kedai buku maka tenggelamlah saya dalam dunia buku... setiap kali pergi akan ada beli sebuah novel. Makin lama tenggelam dalam novel cinta saya mula mencuba genre lain, novel pertama beli... Bagaikan Puteri, baca bab pertama saya dah tak boleh letak, sampai ke pagi baca! Lepas tu saya dah tergilakan novel-novel RAM. Jenuhlah kumpul. Orang kata tak best ke... apa ke... aku peduli apa. hahaha... apa pun saya tetap baca novel cinta yang lain-lain... tapi saya tak tahu kepuasan saya lebih kepada novel yang boleh membawa saya ke dunia yang berbeza dari yang sedang saya jalani. Antara novel yang sampai sekarang saya ingat... Kalung!! gila best! terbitan Karna Dya... terus saya stalk blog cik akak penulis tu... hahahaha... Zahida Zarkasi... (sekarang akak dah slow menulis, kenapa eh? Busy dengan family eh? Tapi rasa dah tukar nama, kan?)

Bila dah meroyan stalk blog writer (zaman tu facebook tak ada lagi tau kat msia ni.. hehehe) saya mula berangan nak menulis. Nak2 zaman tu tengah hot dengan enovel. Jadi gigihkan diri menulis... kakakaka... tulis tangan je kot. Bila belek balik, nak tergelak pun ada. Dan surprise, skrip pertama saya buat more to thriller misteri tau... takdanya cinta2 ni... jiwa kental sungguh masa tu.. hahaha. (nanti saya belek balik kot2 ada lagi buku tu, kalau ada nanti saya snap kat instagram saya...) (jom follow my insta :P )

Tapi masa tu saya nak menulis, tapi tak tahu nak menulis macam mana. Manuskrip tu apa? Nak taip apa? Bab tu nak mula macam mana? Berapa page per bab? Prolog, monolog, epilog tu apa? Plot tu apa? sub plot tu apa? Anti klimaks... page tunner... clifhange... POV 1.. POV3... gaya penulisan tu apa? Semua tu saya tak tahu!

Banyak gila pertanyaan, sebab saya ni bukan dari orang sastera. Saya ambil aliran sains masa sekolah dulu, masuk u saya ambik ekonomi, jadi benda alah tu memang satu benda pun saya tak tahu. Tapi nak menulis juga! Sudahnya, saya google... kotlah ada tips menulis dalam google... tapi tak ada! serius, masa tu tahun 2005, tak-ada-tips-menulis-dalam-bahasa-melayu! yang ada info dari Indonesia! (nampak tak kat situ something wrong somewhere dengan dunia penulisan kita?) Jadi... bertapa naknya belajar menulis... bahasa Indonesia pun Indonesia lah... belasah je. 

Ya Tuhan, masa tu dapat baca sikit pun pasal penulisan dah happy gila! Terujanya tak tahu macam mana nak gambarkan. Macam orang kelaparan tiba2 dapat makanan! Tak pernah seumur hidup teruja gila belajar sesuatu. Korang pernah alami tak perasaan tu? Kotlah masa korang belajar math... or bio... or akaun zaman sekolah dulu korang teruja, hehehe... (masa tu guna internet pejabat sebab masa tu mana ada internet kat umah ni, kena ada talian telefon tetap kot. Duk rumah sewa mana ada talian telefon tetap)

Dan dari google juga saya terjumpa iklan KarnaDia adakan seminar penulisan... Saya terus daftar, saya pergi seorang diri tau! Gila gigih. (masa tu jumpa kak Zahida Zarkasi dan kak Syimal Syawal happy gila! hahaha... curi2 pandang tengok dorang... hehehe. Rasa ada bergambar, tapi entah mana tah. Korang teruja macam tu ke bila jumpa saya? hihihihi)

Bengkel seterusnya... Bengkel penulisan Alaf 21, tak silap kat De Palma Hotel. Pergi seorang diri gak (korang ada berani p bengkel seorang diri? hahaha) saya ingat lagi masa tu family datang dari Terengganu, tapi saya tak boleh nak berkumpul dengan dia orang sebab nak pergi kelas ni. Family dah pelik, tanya seminar apa? Saya masa tu maluuuuu sangat nak bagi tau pergi bengkel penulisan, sudahnya saya cakap pergi seminar motivasi... hahahahaha. (masa tu masih taboo kot nak mengaku nak jadi penulis, sebab mentaliti orang bila sebut penulis mesti akan kata kita JIWANG or KUAT BERANGAN, tak suka tau, masa tulah. Sekarang lantaklah orang nak kata apa) So dekat bengkel ni lah pertama kali saya kenal dan jumpa RAM. Sekali lagi gila terujaaaa!! rasa gambar ada kot, nanti belek, jap... rasa hardsik rosak, takpaa... kalau ada nnti saya tepek kat Instagram (jom follow... hahaha, promo lagi)

Dan kemudian, saya mula kemaruk bengkel... saya pergi semua bengkel... saya beli buku penulisan, 2006, masih kekurang buku penulisan dalam bahasa Melayu. Tak tipu, sebab saya terjah semua kedai buku, memang tak jumpa! Akhirnya jumpalah yg BI pun, belasah je beli dan baca... kemudian baru jumpa sebuah buku yg ajar menulis dalam BM, tapi itu pun tak sedetail buku english yang saya baca. Petua, kalau nak beli buku mengenai penulisan pastikan beli dari penulis yang ada pengalaman menulis ya, jangan beli dari yang belajar teori je, tak best! dan tak sepenuhnya.

Kemudian barulah saya kenal dengan Farah Husain (ya Allah nama ni ada termasuk juga ka dalam ini punya citer?? hahahaha... ampun Farah, nak buat camne, dah ko ni macam sejarah aku ke dunia penulisan, hahahaha) Bila dah jumpa geng, langkah kami makin kencang, dulu p bengkel seorang diri je, kesian kan, lepas tu dah berdua... boleh tahan jugalah kerajinan kami berdua ni... kakaka... semua bengkel kami terjah... kemudian berkenalan dengan Kak Maria Kajiwa... dari situ pun kami banyak ke bengkel2 penulisan yang dibuat sendiri oleh Kak Maria dan juga bengkel dari senior2 lain. Siap bengkel skrip pun saya terjah tau! kakakaka...

So... new writers... berapa bengkel korang dah terjah? Berapa buah buku penulisan yang korang baca?

To BE Continue...

Thursday, 14 May 2015

Novel COUPLE


Anda big fans Azri dan Saleha dalam novel AKU DIA DAN PINKY PROMISE? Atau anda tak puas berlayar dalam NASKHAH TERAKHIR LAURA ISABELL??

 kalau ya, boleh ikuti sambungan kisah mereka dalam COUPLE. Cara order boleh lihat di sebelah. Hanya ada di kedai-kedai buku tertentu sahaja. Cepat sementara stok masih ada.

Saturday, 7 February 2015

Menulis cerpen

Happy weekend. Orang lain raikan hujung minggu di shopping complex, tapi saya habiskan masa di depan imac... huhuhu. Tak apa. Tuntutan kerja adalah ibadah, kan? Dapat pahala. Tapi sebelum saya mulakan kerja-kerja saya, hati terpanggil pula nak share dengan korang kriteria cerpen. Sebab sebelum ni ada seorang adik ni tanya saya, macam mana nak buat cerpen. Jadi, eloklah saya share kat sini so semua orang boleh dapat. Kan? Orang kata bila kita share ilmu Insya Allah, ilmu yg ada pada kita akan lebih diberkati, Insya Allah.

Apa pun, saya nak buat pengakuan terbuka ni yg saya sebenar tak mahir pun buat cerpen. Pernahlah sekali cerpen keluar kat majalah mingguan wanita. heee.. dan pernahlah join beberapa antologi cerpen dengan kawan2. Tapi biasalah, saya memerlukan masa jgk untuk memendekkan cerita, sebab itu saya jarang buat cerpen :P

Apa pun, nah...

Cerpen adalah...

1. Cerita yang hanya memiliki 1 plot utama sahaja. 

Jadi, plot dalam cerpen tidak bercabang atau bersimpang siur. Hanya berkisarkan 1 permasalahan itu sahaja. Maksudnya, 1 konflik saja. Kalau nak banyak konflik kena buat novel.

Mesti akan ada yg tanya. Apa itu plot?

Karektor = Plot. Plot adalah karektor. Karektor adalah plot. Plot akan terbina dari karektor.

2. Berapa patah perkataan?

Biasanya kalau di majalah atau akhbar mereka akan minta kita sediakan cerpen 200-2500 patah perkataan. Kalau dari segi muka surat mungkin dalam 6-10 muka surat.

3. Cerpen hanya angkat satu tema/persoalan sahaja.

4. Watak terhad. 1-3 watak sahaja. Tapi 2 watak sudah cukup. 

5. Latar terhad.  Tak perlu nak buat byk2 latar nanti akan makan page.

6. Tujuan cerpen adalah untuk menyampaikan/meluahkan hanya satu perasaan, yang akan menyentuh emosi.


Semoga anda faham. Kalau tak faham, boleh baca mana2 cerpen yang tersiar di mana2 akhbar dan majalah, baca banyak2 dan Insya Allah, anda akan mula nampak secara 'teknikal' atau 'sistem'  atau 'kerangka' macam mana hendak menulis/membina cerpen.

Tanpa membaca dan menulis anda tidak akan ke mana-mana. Selain terus bertanda-tanya macam mana nak tulis cerpen.

Selamat berjaya!

Wednesday, 4 February 2015

Review : Aku, Dia & Pinky Promise

Saya nak share skit review dan komen yang saya terima untuk novel Aku, Dia & Pinky Promise. Terima kasih kepada readers yang sudi luangkan masa menulis komen2 anda untuk tatapan saya. Saya sangat-sangat terharu dan menghargainya.

Kalau ada sesiapa sudi kongsi, boleh email komen anda (sama ada baik atau utk baiki mutu penulisan) ke alamat email annaleeben10@gmail.com

Ini ada sebilangannya...






Thursday, 29 January 2015

The Crucible : mangkuk??

Jangan cari makna dekat kamus, sebab maksudnya mangkuk pijar. Tapi directly memang itulah maksudnya.

Apa jua novel yang ku dah tulis, semua ku cuba pegang kuat2 pada prinsip THE CRUCIBLE. Tapi mungkin ada juga yg tercicir or lemah, tapi insya Allah akan cuba diperbaiki dari masa ke semasa.

Apa itu The Crucible?

Menurut James N. Frey - The crucible is the bond that keeps them in the conflict with one another, character are bonded together .

Bagi saya - Watak kena bertindak logik dan bersebab.

cth :

1. Mamat kerja kat office yg penuh dengan politik. stress. tak suka tempat kerja. Kalau ikut logik, boleh je dia cari kerja lain, kan? tapi disebabkan penulis nak suruh gak dia kerja kat situ... kena wujudkan crucible... cth... dia tak boleh cari kerja lain sebab kat situ je bayar mahal. Sbb kat situ je dia boleh masuk lambat. Sebab dia dah tua dah tak ada org lain nak ambik dia kerja.

2. Suami isteri dah tak bahagia macam dulu2. So kenapa tak berpisah je? Maka, wujudkanlah crucible yg dorg tak sampai hati nak bercerai kerana anak2... kerana perniagaan.. kerana nak jaga status dan air muka.

3. Hero dan heroin dah nak kahwin. tetiba muncul ex mengaku mengandungkan anak hero. Kalau hero tu baik... dan dah di cakap awal2 yg hero tu tak pernah sentuh ex dia, so apa hal dia nak kena kahwin dengan ex dia pulak, kan? so, sila wujudkan crucible kenapa dia kena kahwin dengan ex dia... kenapa eh? ku pun tak tahu... hahahaha.

4. awek stress denga jiran umah suka melalak. Asyik bergaduh ngn jiran. So kenapa tak pindah je, abis cerita. Tapi disebabkan nak buat juga kisah dorg berperang, maka.. wujudkan lah crucible yg kenapa dia kena stay juga kat umah tu. Buatlah, sebab sewa umah tu je murah. Itu je yg dia mampu. Atau duit tak cukup nak bayar deposit, nak tak nak kena hadap juga jiran sengal tu.

Tanpa crucible maka tak wujudlah conflict, bila ak wujud conflict macam mana nak wujud cerita tu kan? jadi... silalah cari crucible korang yg logik, yg cerdik, yg munasabah atau tak munasabah sekali pun, as long as... bersebab!

Jadi.. itulah maksud saya crucible yang perlu ada dalam novel anda supaya pembaca tak boleh pertikaikan jalan cerita atau tindakan watak tu.

Kalau ada pembaca boleh pertikaikan...

.... lorr.. awatla bodo sgt suami dia tu, bini membebel pun tak marah? Awat diam je?
.... Laaa... dah ko tak tidur dengan perempuan tu, apa hal ko nak kena kahwin dengan dia lak. P test DNA la tengok anak ko ke anak siapa!
.... Hisy, awatlah p endup dengan Fazrin lak? Ambiklah Mr sam yg handsome, sado, husky dan kaya tu... (erkkkk... apasal macam biasa dengar je nama tu ek???)
... Dei, kalau dah tahu tempat tu gelap awat p lalu juga! Dah tak ada jalan lain ke?
... ya ampun, kenapalah dia susah2 nak p selamatkan cinderella tu? tak ada askar raja ke yang boleh tolong selamat kan?

Okey, itulah antara soalan yg mungkin akan menjadi bahan bebelan pembaca/penonton kalau crucible korang tak kuat. Maka akan wujudlah kes pembaca/penonton rasa nak tarik rambut masa baca/menonton. Atau... akan wujudlah keadaan di mana pembaca letak novel kita atas rak setelah 5 bab awal di baca. hehehe.

So... dah faham?

Harap2 fahamlah dengan penerangan yg tak berapa nak ilmiah ni. Ku  tak pandai nak susun ayat ilmiah, ayat novel boleh ler... hahaha.

Chow!

Thursday, 22 January 2015

Pre-Order : Naskah Terakhir Laura Isabell

Pre-Order di buka sehingga : 1 FEBRUARI 2015

* PRINT ON DEMAND.
* TIDAK DIJUAL DI MANA-MANA KEDAI BUKU.
* Pastikan order dengan online seller yg anda dah biasa berurusan.
* Jika terjumpa seller jual murah dari harga saya, sila laporkan kepada saya ASAP. Takut dia fake online seller.

Kami hanya print untuk mereka yang buat order sahaja. Semuanya dijual secara ONLINE. Kuantiti yang di print sangat-sangat limited. Jika first print habis, kami tak pasti bila lagi akan print. Semua bergantung kepada permintaan. Jika permintaan sesuai untuk print maka akan ada 2nd print. Kalau tidak memang tidak akan ada 2nd print.
Jadi... sementara order masih dibuka, dijemput order :P

Amaran : genre - Hybrid Historical Romance

(maksdunya, kisah cinta dua zaman, tahun 2008 dan 1911. Bukan kisah melting-sweet-overdose. Tetapi, anda akan dibawa mengembara ke zaman Titanic. Kalau berani, cubalah baca. hehehe. Tapi Masih kisah cinta.)


Wednesday, 21 January 2015

Naskah Terakhir Laura Isabell : Bab 1




Lapangan Terbang Heathrow London… 2008

WALAU apa pun terjadi aku kena balik!Laura terus melangkah dengan penuh yakin. Dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Kalaulah teman lelakinya superman, sudah lama dia minta tolong terbangkan ke Malaysia.

Kaki melangkah pantas menuju ke Terminal 3 sambil sambil menjinjit beg kecil. Sesekali dia mengerling jam di pergelangan tangan. Berita yang diterima semalam membuatkan jiwanya tak tenteram. Mujur tiket penerbangan ke Malaysia masih ada, kalau tidak terpaksa dia menaiki penerbangan transit ke Singapura. 

Laura mendail nombor emak. “Assalamualaikum.”

“Laura, kenapa telefon mak malam-malam ni?” terdengar suara serak ibu di hujung talian.

Alamak, lupa. Malaysia lewat malam! Laura garu kepala.

“Maaf mak, Ara kat Airport ni.”

“Hah? KLIA? Kenapa tak cakap awal-awal nak balik? Kenapa tiba-tiba balik ni?” 

“Mak… bukan di KLIA tapi kat London lagi ni.” 

“Lar… kenapa tiba-tiba balik ni?”

“Habis semalam mak cakap Tok Karim sakit. Ara tak sedap hati sebab tu Ara terus beli tiket,” Laura mengerling lelaki yang melabuhkan punggung di kerusi sebelah. 

Alamak, majalah aku! Tak sempat dia nak ambil, lelaki itu sudah pun duduk di atas majalah tersebut. Laura gigit bibir, geram.

“Semalam cakap nak kerja sambilan kat sana.” Suara emak mengalih perhatian Laura.

“Tok Karim lebih penting,” Laura menghela nafas perlahan. 

“Eloklah macam tu. Tapi nanti Ara kena balik ke Melaka. Tok Karim tiba-tiba nak balik kampung. Terpaksa mak hantar.”

“Berapa lama mak cuti?”

“Mana ada cuti pun, esok mak dan ayah akan ke Sabah.”

“Habis tu siapa akan jaga Tok Karim?” 

“Mak dah minta Mak Odah jaga sementara mak ke Sabah.”

Laura tarik nafas lega. “Tok Karim macam mana? Makin teruk ke?”

“Badan dia memang semakin susut, tapi bukan tu aje sejak akhir-akhir ni dia asyik cakap yang bukan-bukan.  Asyik sebut nama Ara je. Risau pula mak. Yalah, sejak Ara tak ada melayan dia berbual sebab itu dia bercakap seorang diri.”

Hati Laura sayu. Dia tak ada atuk lain lagi, atuk kedua-dua belah ibu dan ayahnya meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Yang dia kenal hanyalah Moyang Karim, atuk kepada ibunya yang lebih selesa dipanggil dengan nama Tok Karim. Baginya Tok Karim seperti barang antik, semakin lama semakin tinggi harganya. 

Tok Karim satu-satunya tempat dia merasai kasih sayang seorang atuk. Tempat dia mengadu bila dimarahi kedua ibu bapanya. Tempat dia menimba ilmu tentang kehidupan. Selama ini dia yang banyak mengajak Tok Karim berbual atau pun Tok Karim yang banyak mendengar apa sahaja isi bicara Laura. Dalam ramai-ramai cucu dan cicit, Laura seorang saja yang rapat dengan Tok Karim. Kerana itu dia sangat sayangkan Tok Karim walau kadang-kala dia sering menjadi mangsa bebelan. Apa yang dibuatnya selalu tak kena di mata Tok Karim. Tapi itu semua tak dapat mengubah kasih sayang yang sudah terpahat di hatinya. 

Dia sedar setiap bebelan Tok Karim bukan bebelan kosong. Kerana bebelan itu dia kini menjadi gadis yang masih berpegang pada agama dan adat Melayu walaupun merantau jauh. Dan pesan Tok Karim masih kemas  dalam ingatannya.

‘Kalau dah ada kat London tu, jangan bawa balik lelaki Inggeris pula. Tok tak nak jumpa Ara kalau Ara pilih lelaki asing.’ 

Tak mungkin atuk. Hati Laura tetap untuk lelaki Melayu. Tiba-tiba terbayang di ruang matanya wajah Fakrul, teman lelakinya yang sama-sama belajar di London. Rindu membuak. Sepatutnya hari ini dia dan Fakrul memulakan kerja sambilan di salah sebuah hotel di Kota London selama sebulan dan kemudian mereka merancang untuk mengeliling Eropah sehingga habis cuti semester. Namun, ALLAH maha mengetahui. Walau bagaimana teliti sekali pun kita merancang segalanya ALLAH tentukan. Dia reda.

Sebaik habis berbual di telefon, Laura mengerling lelaki di sebelahnya. Bila pandangan mereka bertemu Laura segera melarikan pandangannya. Mata biru lelaki itu sungguh cantik. Bulu matanya panjang. Hidung? Lelaki Inggeris tentulah hidungnya mancung. Tapi tak terlalu tinggi. Kulit tentu sahaja putih. Mungkin sebab kulit putih dan hidung mancung menjadikan dia kacak. Kalau ‘diMelayukan’ dia ni dalam kategori lelaki biasa saja. Kulit kalau dihitamkan lagi, hidung kalau dileperkan tentu lebih kacak Fakrul. Hish, kau dah kenapa Laura? Laura geleng kepala. Kemudian dia kerling sekali lagi. Dalam kepala sedang fikir sama ada bersuara atau tunggu sehingga lelaki itu bangun?


DEAN merenung tiket penerbangannya. Mengeluh perlahan. Seperti dipukau sedar-sedar saja dia sudah pun berada di lapangan terbang. Betul ke tindakan aku ni? Peluang untuk dapat kembali harta pusaka itu sungguh mustahil, tapi… hanya ini saja harapan yang aku ada. 

Berkali-kali dia turun naik bank untuk mendapatkan pinjaman namun semuanya tidak diluluskan. Kereta dan rumah besar sudah dijual. Sudahnya Amanda juga tinggalkan dia terkontang-kanting.

“Excuse me, sir?” Terdengar suara gadis di sebelahnya menegur.

“Yes, what can I help you?” tanya Dean. 

Menoleh pada gadis bertudung di sebelahnya. Dia terpaku melihat mata bulat dihiasi alis mata hitam merenung lembut ke arahnya. Bibir kecil gadis itu terukir senyuman yang sungguh manis. Hurmm… comel! 

Kalau dulu dia sangat prejudis dengan wanita muslim tetapi semenjak membaca naskah itu fikirannya mula terbuka. Tudung itu kehendak agamanya tetapi dia tetap seperti wanita lain. Dean memaniskan wajahnya.

“I’m Dean.” Dean hulur tangan. Dia fikir mungkin gadis itu nak ajak dia berbual. 

Laura mengukir senyum kemudian mengangguk. Kain tudung yang terjuntai menutupi bahagian dada menjadi sasaran. Salam bersambut. 

“My magazine.…” terpacul perkataan yang sedang bermain di fikirannya.Kening Dean berkerut-kerut hampir bercantum. Tidak dapat menangkap maksud kata-kata gadis di depannya itu.

Laura menunding ibu jarinya pada majalah yang menjadi alas duduk Dean.

“Oh! This is yours?” tanya Dean terkejut. Jadi dari tadi dia mahu ambil majalah ni? Bukan nak berbual dengan aku?

Laura mengangguk, tersenyum. 

Dean menarik majalah tersebut. Telinganya bertukar merah. “I’m sorry. I didn’t see it.” Aduh! Malunya. 

“By the way, I’m Laura,” ujar Laura sambil menyambut majalah tersebut. Sekadar berbudi bahasa.Bulat mata Dean memandang Laura. “What a small world.”

“What do mean?” Kening bertaut.

Dean tersengih. “I’m going to Malaysia, to look for Laura,” balas Dean masih selesa mengunakan bahasa ibundanya. 

“Your special girlfriend?” Laura menduga.

Dean menoleh, terdiam seketika kemudian meng-angguk.

Laura tersenyum. So sweet. Mencari kekasih hati yang merajuk mungkin. “Well, I wish you the best of luck,” ucap Laura ikhlas sambil membuka majalahnya.

Dean menghela nafas berat. “Thanks.” Bersandar pada kerusi. 

Fikirannya merewang mengingati kembali catatan Laura Isabell. Andai aku punya kekasih setia seperti dia, tidak akan aku sia-siakan. Sungguh beruntung Megat Alam berjaya menakluk hatinya. Agaknya apa yang terjadi kepada Megat Alam? Adakah dia tahu nasib yang menimpa Laura Isabell?

Ah! Tapi itu semua tidak penting. Yang penting hak keturunan aku! 

Bersambung.


Terbaru 2015 : Naskah Terakhir Laura Isabell


Genre : Hybrid Historical Romance
Harga Termasuk Pos Laju:
RM30 Semenanjung Msia
RM37 Sabah/Sarawak

Pesanan boleh dibuat di (klik link) :- 

Blurb :

Cinta itu anugerah. Sudah tertulis sebelum roh ditiup bahawa dia akan menjadi milik kita.

1911
Naskah Terakhir Laura Isabell telah menimbulkan tanda tanya kepada pewarisnya. Catatan kisah cinta yang menyentuh hati itu telah membuatkan setiap pewarisnya berkelana ingin mencari kesudahan kisah tersebut.

2008
Dean, waris terakhir yang diwasiatkan memikul amanah itu. Namun, amanah yang dipikul datang bersama sebuah tanggungjawab yang berat.

Laura Isabell. Sepasang nama yang sering membuatkan diri si gadis Melayu jati itu disalah faham. Namun dia tidak menyangka, ada rahsia yang tersimpan berabad lamanya di sebalik nama itu.

Mampukah Dean melaksanakan amanahnya? Dan apakah rahsia di sebalik nama Laura Isabell?


Segalanya bakal terungkai di dalam Naskah Terakhir Laura Isabell... cinta yang merentasi batas waktu.

Popular Posts