Follow me

Instagram

Tuesday, 30 December 2014

Last Day of 2014

Sehingga sekarang saya tak faham kenapa orang sibuk nak celebrate new year?
Bagi saya.. tahun baru bermaksud...
1. Hey, kau semakin tualah.
2. Running out of time.

Well... mungkin untuk orang tua mcm saya ni mungkin terfikirkan dua perkara tulah. hehehe. Apabila tahun bertambah itu bermakna usia bertambah. Saya bukan takut tua (cewah) cuma, banyak sangat perkara yang ingin saya capai belum tercapai... you're running out of time Jue!

Andai mesin masa wujud di dunia, memang saya ingin kembali ke usia 20-an (erkkk.. now you're??) dalam usia 20-an adalah waktu yg sangat sesuai untuk kita berusaha untuk miliki apa yang kita tidak mampu miliki sebelumnya dan masuk 30-an or 40-an adalah masa untuk kita menikmati apa yg kita miliki.

Tapi... Allah lebih tahu yg terbaik. Jadi, apabila melihat adik2.. anak2 muda yang sia-siakan waktu muda, saya rasa risau terhadap mereka. Risau andai satu hari nanti mereka menyesal kerana sia-siakan waktu muda.

Apa pun, saya masih muda! hahaha... syukur Alhamdulilah, di ketika usia begini ALLAH menyedarkan saya apa yang saya mahu dalam hidup. Mungkin sedikit terlewat tetapi lebih baik terlewat dari langsung tak berpeluang, kan?

jadi... disebabkan usia semakin meningkat... i wish in 2015, saya akan miliki...

1. Berjaya memegang amanat sebagai Khalifah yg taat dengan perintahNYA.
2. Kesihatan yang baik.
3. Dapat menghasilkan novel2 yang dapat memberi inspirasi kepada pembaca.
4. Berjaya dalam bidang perniagaan.
5. Dapat memberi impak positif kepada masyarakat.
6. Always positive.
7. Berjaya dalam bidang penulisan.
8. Langsaikan semua hutang2
9. More Happy.
10. More-more-more happy :P

So... korang macam mana?

p/s : Apa jua orang mengutuk-mengeji-menghina di belakang, saya maafkan kekhilafan mereka. Saya juga minta maaf sebab kewujudan saya di dunia ini membuatkan korang menambah dosa. I'm trying my best to be a better person, because im not perfect.

xoxo
10:59AM
31 December 2014

No comments:

Post a Comment

Popular Posts