Follow me

Instagram

Monday, 27 October 2014

Ketakutan & Pengalaman

Wahhh... gila lama saya tak update blog! hampir-hampir tak reti mana nak klik. hee.. apa pun i'm back. Insya Allah akan cuba sedaya upaya update dari masa ke semasa...

So.. sebagai permulaan sebab dah lama tinggal umah ni sampai bersawang segala.. meh saya kongsi pengalaman saya dalam bidang penulisan selama, hampir 6 tahun.

Ketakutan & Pengalaman saya...

1. VIVA SAKURA = Tak apa ke buat kisah percintaan gadis melayu yg hampir 90% di Korea? Ada penerbit nak tak?

Pengalaman: Mmg ada penerbit tak nak sbb alasan x logik(entah apa x logik bg dia) di rejek. Tapi x putus asa yakin jgk pd novel sdiri n hantar ke tempat lain.

2. BUNGA DI RIMBA = Tak apa ke tak ada kisah melting2 uda dan dara?

Pengalaman : Tak apa. Myb sebab penerbit pun x kisah xda bab melting2 kot.hehee.

3. PUTERI KARLA = Ada tak penerbit nak kisah fantasi?

Pengalaman = Ada. Cuma tahan diri apabila ada pihak yg nak banding2kan hasil ada dengan king of fantasi kat msia iaitu RAM. Hehehe... of coz la tak sama. Pernah direjek, dan baiki balik dan hantar ke penerbitan lain.

4. KOREA I'M IN LOVE = Soalan sama, ada tak penerbit nak novel kisah remaja yg melting2 kurang ni?

Pengalaman : Kena repair balik, masukkan elemen CINTA. hahahaa.padan muka. Mana ada pembaca novel nak baca kisah yg 'sikit' cintaaa. Ni pun dlm kategori sikit cintaa. Saya buat kisah ini khas utk remaja, sbb tanggungjawab sbg kakak utk adik2 (kakak ke??)

5. TERUKIR CINTA = Ada ke org nak baca kisah santai macam ni? Yg berkisahkan persahabatan dan sedikit cintaa?

Pengalaman : Berkali2 manuskrip ni ditolak ke sana sini. Almost give up, almost xnak bagi dekat mana2 penerbit pun. Ada penerbit komen baca manuskrip ni 'nadi' tak 'berdenyut', korg fahamkan maksudnya? Hahaha... ohmy, kalu nak denyut segala nadi meh saya buat kisah porn, nak? Hahaha. Apa pun saya byk menangis mgenangkan nasib saya masa ni.hahaha.. tapi skrg gelak je bila teringat.

6. MENCARI MR CHARMING = Bahaya tak bila buat kisah yg melibatkan dunia penulisan? Agak2 org bosan tak?

Pengalaman = sedikit sweet wlp pd awalnya pening kepala sbb main tarik2 tali ngn penerbitan. Sweet kerana wlp xjadi novel dah ada producer tv berkenan nak jadikan drama(tapi sampai skrg xlepas2 lagi, hehehe) slps sesi tolak tarik ngn 3 penerbitan akhirnya, FP bjaya. Hehehe. Rahsia, nak tahu tak banyak scene kena potong sbb takut mengancam 'idup' saya? Hahaha... sbb byk saya dedahkan kisah2 penulisan dlm citer ni, so sgt 'daring' jadi atas nasihat penerbit agar novel ni xjadi kontroversi so saya 'lembutkan' kan beberapa part yg sensitif.

7. AKU DIA & PINKY PROMISE = Ada tak penerbit nak kisah budak sekolah yg sedikit pelik ni?

Pengalaman = Tak tercerita kot. Bersimpang siur kisah nak terbitkan manuskrip ni,hehehe. Dari satu penerbitan ke satu penerbitan. Pernah direjek sbb saya degil tak mahu tukar seperti yg diminta oleh penerbitan (kalu saya tukar mesti jadi lain citer ni, feel korg mesti lari kot, kotlah) dengan kedegilan (bersebab) akhirnya mendarat di FP dan berjaya diterbitkan.

Jadi, begitulah sedikit pengalaman dari saya sebagai penulis. Siapa kata jadi penulis ni syok?? Oh tidak sama sekali. Menderita! Tapi demi minat saya gagahkan diri. Mujur ada sokongan kuat dr Mr P, kalau tak dah lama hai-hai-bye-bye. 

Jadi... terima kasih atas sokongan korg juga.

Ketakutan saya yg akan datang..,

JIKA AKU = Tak apa ke buat watak yg ada gift mcm ni?
MESEJ DARI PARIS = Ada ke orang nak baca kisah pelik dia orang ni?

Ada ke???? 
Ada atau tidak. Saya akan tetap tulis!

Opsss... ada satu lagi manuskrip yg saya simpan sampai sekarang, bertajuk... NASKAH TERAKHIR = ada tak orang nak mengembara, menyelami kisah percintaan 2 zaman ketika Titanic dan selepas kejadian n kesan dari kejadian titanic tu? 
Ada ke?
Kalu ada saya nak print sdiri, xberani nak bg kat penerbit dah.
Kalu tak ada saya simpan, sbb NASKAH TERAKHIR adalah sebuah manuskrip yg sgt istimewa bagi saya. Sgt... sgt... istimewa sehingga saya tak berani nak serahkan kepada mana2 penerbitan memandangkan aliran pemasaran skrg hanya mahukan kisah... MELTING. Menyedihkan. Namun itu hakikatnya.

Kepada anda yg baru sekali dua kena reject tu janganlah give up ya. Makin kerap kena reject itu adalah peluang untuk anda baiki penulisan anda. Bedah manuskrip anda dan cari sebanyak-banyaknya kelemahan. Insya Allah, hasil akan memuaskan hati anda dan juga pembaca. Insya Allah.


3 comments:

  1. akak... banyak betul pengalaman akak manuskrip ditolak.. kadang2 saya fikir, memanglah sedih bila manuskrip ditolak, tapi yang tak tahannya adalah proses menunggu yang terlalu lama. Bila manuskrip ditolak setelah menunggu jawapan selama 3~6 bulan, lepas tu kena tunggu satu round lagi untuk penilaian.. hmmm... macam manalah akak bersabar??? lepas lulus nak kena tunggu giliran untuk terbit, mau makan lagi 6~10 bulan.. (ini nasib penulis kecik tak ada nama) sedihnya...

    ReplyDelete
  2. Hebatnya...Sy tabik dgn kesabaran akak yang kuat... =)

    ReplyDelete
  3. cepat2 lah mesej dari paris diterbitkan...nak autograf boleh...;)

    ReplyDelete

Popular Posts