Follow me

Instagram

Sunday, 5 January 2014

Terukir Cinta - Bab 11

Bab 11



Hari minggu seperti biasa kita orang bertiga akan keluar berjoging seawal 6.30 pagi! Sangat rajin okey! Tapi jangan terpedaya. Lepas balik joging nanti, lepas perut dah penuh kita orang bertiga akan sambung tidur! Sepanjang hari!
Kita orang rajin berjoging ni pun sejak Hara beli kereta, kalau tak… mahunya pagi-pagi macam ni kita orang masih dalam selimut. Lagi pun sejak dua menjak ni Hara sangat risaukan size badan dia yang semakin bertambah. Sudahnya yang jadi mangsa aku dan Yatie. Yalah, nak motivasikan dia terpaksalah kami rajinkan diri berjoging walau pun berat badan aku dan Yatie memang dah sangat ideal.
Kenapa kita orang keluar awal? Pertama sebab kita orang selalu berjoging di kawasan Taman Kiara dekat Taman Tun tersangat jauh dari rumah kita orang.
Kedua kenapa kita orang datang berjoging dekat sini? Sebab Yatie berangan nak terserempak dengan Fahrin Ahmad! Ceh, mentang-mentang kita orang pernah terserempak sekali, terus lepas tu terus Yatie kemaruk nak ke sini je. Macam la Fahrin Ahmad tu ada masa nak pergi berjoging dekat sini setiap hujung minggu!
Tambahan pula Yatie dah sembur racun pada Hara. Katanya, kebanyakkan orang yang datang berjoging dekat sini orang kaya-kaya. Mana tahu ada rezeki dia orang dapat pancing seorang dua!
Aku geleng kepala je. Memanglah racun Yatie tu betul. Memang la kebanyakkannya kaya-kaya. Tengok saja kereta yang ada dekat tempat parkir, semuanya ganas-ganas tapi masalahnya yang datang tu semua pak cik-mak cik yang dah bersara!
Memang pernah kita orang terserempak dengan orang muda yang ada rupa, berbadan sasa siap ada pengawal peribadi teman berjoging tapi orang macam tu bukannya nak pandang kita orang pun. Kadang-kadang Yatie dan Hara ni memang tak berpijak di bumi yang nyata.
Okey, kalau dinilai dari segi rupa Hara dan Yatie lebih cantik dari aku. Dia orang berdua tinggi lampai, kulit cerah muka ala-ala minah celup tapi dia orang lupa satu perkara. Orang-kaya-akan-bersosial-dengan-orang-kaya!
Aku bukan nak prejudis dengan orang kaya. Namun itulah hakikatnya. Aku bercakap bukan melalui pemerhatian tetapi dari pengalaman. Berapa ramai kawan sekolah aku dulu anak orang berada tapi semuanya akan berkawan rapat dengan mereka yang sama taraf dengan dia orang, mereka-mereka yang biasa ke kelab ini kelab itu yang keluarga masing-masing ahli kelab golf ini kelab golf itu.
 Itu tak masuk lagi pengalaman aku yang ada saudara-mara yang kaya dan poyo. Bila berkumpul dengan kita orang yang biasa-biasa ni dia tak bercakap sangat pun. Tapi, bila datang saudara kita orang yang kaya yang sama taraf, fuhhh…. Mulut macam bertih jagung bercerita! Semuanya berkisarkan hal-hal orang kaya! Jadi, tak salah kan kalau aku jadi manusia yang sangat prejudis dengan golongan kaya ni, kan?
“Beb, nak panjat bukit tak?” Tanya aku pada Hara dan Yatie.
“Malas lah. Aku nak joging kat bawah je.” Balas Yatie. Hara mengangguk.
“Nampaknya aku seorang saja lah.” Aku terus melangkah menuju ke trek berbukit.
Aku memang suka berjalan dekat trek atas sebab terasa seperti berjalan dalam hutan. Mengimbas kembali memori masa kecil-kecil dulu teman arwah atuk ke kebun. Dapat tengok pokok-pokok, udara pun sejuk dan nyaman.
Kadang-kadang seronok tengok monyet-monyet yang bermain-main dekat tepi hutan. Mujur pengunjung dekat sini tak ajar bagi makanan pada monyet-monyet tu. Kalau tidak bahaya juga. Monyet-monyet ni kalau dah biasa terima makanan dari pengunjung, lain kali monyet-monyet ni akan minta dan mungkin akan bertindak ganas kalau kita tak bagi. Jadi elok sangat jangan manjakan sangat monyet-monyet ni.
Sedang aku asyik mendongak memerhati pokok-pokok merimbun tiba-tiba terdengar satu suara menyapa…
 “Takkan jalan je?” Suara lemak merdu!
Aku segera menoleh. Sebaik saja aku melihat wajah itu mulut aku ternganga.
“Awak?”
Si Lemak Merdu? Kecilnya dunia!

Untuk baca sambungan boleh dapatkan Novel ini di kedai buku berdekatan atau, beli secara online di website Idea Kreatif Publication.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts