Follow me

Instagram

Monday, 6 January 2014

Mesej de' Paris : Bab 1

Bab 1

~As soon as I saw you,
I knew an adventure was going to happen.~ Anon.


“Aria, dah siap?” Lisa menjenguk dari luar bilik.
Dah.”
Aku melepaskan keluhan berat. Memandang ke luar tingkap. Merenung menara KLCC untuk kali terakhir.
“Jom,” ajak Lisa.
Kemudian  dia melangkah masuk. Membantu aku mengangkat kotak. Aku menarik satu lagi kotak. Menghembus nafas perlahan. Sempat mencuri pandang ke luar tingkap.
Selamat tinggal KLCC!
“Beb, aku hantar kau terus ke apartment baru kau atau kau nak singgah beli apa-apa?” tanya Lisa sambil melangkah keluar.
“Pergi terus. Nanti malam dah malas nak kemas,” balas aku lemah. Mengikuti langkah Lisa yang agak laju.
“Aku yakin 300% kau akan suka dengan apartment tu!” Ujar Lisa dengan wajah ceria kemudian menekan butang lif.
“Emmm…” aku tak mampu nak bersuara, hati aku sebak sangat ni.
Aku sayang sangat rumah ni. Memang pada awalnya aku berhajat satu hari nanti nak beli. Tapi, aku sedar diri. Mana aku mampu nak beli kondo mewah ni. Terletak pula di tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Tak jauh dari Menara Berkembar KLCC, haruslah mahal. Baru menyewa bilik pun dah semput nak bayar. Kalau beli, mahunya tiap-tiap bulan makanan ruji aku adalah lempeng. Kalau lempeng nyior sedap lah juga, kalau lempeng kosong?
Ini pun nasib baik tuan rumah bagi sewa rendah sebelum ni. Dapat juga aku merasa tinggal di kondo mewah selama tiga tahun. Tapi, sejak semua benda naik harga, tuan rumah pun naik angin lah. Sudahnya, dia naikkan sewa rumah ni. Pada hal, kalau diukur dengan harta yang dia ada, tak jejas pun kehidupan dia dengan isu kenaikkan harga ni. Lainlah kalau pekerja makan gaji seperti aku ni. Baru terasa nikmatnya kenaikkan harga tu.
Sebelum ini aku menyewa dengan dua orang lagi penghuni. Gee dan Trisha. Dua bulan lepas Gee berpindah sebab kahwin. Tinggal aku dengan Trisha, si paramugari yang tak berapa nak mesra alam dengan aku. Bila dia tahu sewa rumah ni naik harga, esok dia terus bagi tahu aku bulan depan dia nak pindah. Terkejut aku dibuatnya.
Sudahnya, aku terpaksa pindah sebab selepas hampir sebulan buat iklan tak ada seorang pun nak kongsi menyewa dengan aku.
Aku  ada ajak Lisa, menyewa bersama tapi dia tak mahu. Katanya mahal. Dia nak simpan duit nak kahwin hujung tahun nanti. Kawan-kawan di tempat kerja aku pun tak mahu menyewa rumah ni. Masing-masing selesa dengan rumah sekarang.
Jadi…  aku terpaksa pindah.
 “Beb, kau sedih ke?” Tanya Lisa sebaik saja melangkah masuk ke dalam lif.
Aku menoleh memandang Lisa. Kedua belah kening terangkat. Soalan apakah?
 “Aku nampak macam sedih ke?”
Lisa mengangguk dengan wajah simpati. Rambut yang ditoncang satu bergerak-gerak. Kemudian dia membetulkan cermin matanya yang lebar hampir tiga jari.
“Mesti lah aku sedih!”
 “Rumah idaman aku ni. View kegemaran aku! Bukan senang nak dapat bilik yang view secantik bilik aku tu. Menara Berkembar KLCC gedabak besar depan aku, tak puas tengok. Lepas ni, entah bila aku dapat view bilik secantik tu lagi,” aku mencebik sedih.
Wajah Lisa berkerut. Berkelip-kelip memandang aku.
Trust me, setiap yang berlaku ada hikmahnya,” pujuk Lisa dengan wajah serba salah.
Aku menghela nafas kasar. Mata aku memandang ke atas. Kalau dah dia keluar hujah macam tu… mana boleh aku nak sangkal lagi. Mesti lah setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Moden-moden aku pun, masih ada agama. Persoalannya sekarang, aku nak marah! Geram… kecewa!
“Ya, aku tunggu hikmah lah ni,” jawab aku acuh tak acuh.
Serentak itu pintu lif terbuka. Baru saja aku nak melangkah keluar tiba-tiba terlanggar seorang lelaki yang ingin melangkah masuk.
“Opss... I’m sorry,” ucap dia bernada cemas.
“It’s okey.”
Aku segera kemaskan pegangan aku pada kotak kemudian terus melangkah keluar namun bau haruman yang memikat hati menarik perhatian aku. Segera aku menoleh, sempat aku memandang ke arah pintu lif yang hampir tertutup. Sesaat, pandangan aku dan dia bertemu.
“Weh, jom lah!” Panggil Lisa sekali gus menyedarkan aku.
Tangan Lisa menarik lengan aku. Dalam keadaan terpaksa aku terus melangkah. Sepasang mata biru itu terus melekat dalam fikiran aku.
Beautiful eyes!
            Sejurus itu lagu Tylor Swift terus bermain dalam fikiran aku…






Bersambung....


P/s : Dyh Usen, hg tak minatkan hero barat kannn... kann.. selera hg asia je kann.. hahaha.


21 comments:

  1. Best..best.. Permulaan yg menarik kak zue.. I like...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, terima kasih Amy, harap2 akan momentum terus berkekalan hingga ke tamat, :)

      Delete
  2. kak dyh minat joong ki sekarang.. eh ke dah beralih kat org lain pulak? kikiki~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Miza, akak hg tu pcinta yg setia... hehehe

      Delete
    2. Kakakakaka. Jue. Dastan tu bukan k-pop ka? :p

      Miza. Tetiba Prince Dastan berjaya curi hati, lalu dia bawa lari sambil menunggang kuda.Nama pun prince kan. Cayaq, cayaq. Jangan habaq kat Joong ki naa...Hahahaha

      -DyhDastan-

      Delete
  3. Wahhhh... Intro pun dah best.. Jaja baru abih baca MMC tadi... Suka sgt.. Tergelak2 baca... Sweet.. Suami jaja bg thumbs up untuk MMC...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tqq Jaja,erkkk... suami baca MMC???

      Delete
    2. hahah.. dia baca gitu2 jer.. depan/tengah/belakang.. then dia ckp menarik..:D

      Delete
  4. uwaaa... nak yg full punya. bila nak jadi buku ni??

    ReplyDelete
  5. Jg peminat mata biru, lbh2 lg si pggemar jeans biru tp bkn yg brrambut biru... As salam. Ttp peminat indah water... indah air dr pulau indah.. Follow Ann kat blog jew lah...

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. tqq.. :)

      -tuan umah-

      Delete
  7. si mata biru...yg sm kat airport tu kah?

    ReplyDelete

Popular Posts