Follow me

Instagram

Monday, 6 January 2014

Masej de' Paris : Prolog


Mesej de' Paris, atau Mesej Dari Paris. Sebuah kisah percintaan yang luar biasa. Pertemuan Aria dan Jason yang tidak dijangka, akhirnya mencambah bibit percintaan yang luar biasa. 
Di Antara relung masa
kita dipertemukan
Menghidupkan hati 
yang sekian lama kelam.
Di antara relung masa
kita merelakan perpisahan,
Mengharapkan
pertemuan menjadi milik kita,
satu masa nanti.
Andai, cinta ini bukan milik kita.
Andai kisah ini terhenti di sini,
akan ku lakar di canvas cinta.
Cari aku di sini,
di kota cinta ini.
Aku akan terus menanti.
Angin, sampaikan pesanan.
Pesanan dari Paris,
Aku tunggu di sini,
bersama canvas cinta.


Prolog

“Mulai hari ni aku tak akan jejak kaki aku ke Paris! Never!” jerit aku sebaik saja membuka pintu teksi.
Beberapa orang pengunjung lapangan terbang Paris-Charles de Gaulle yang kebetulan melintasi kami, tertoleh-toleh memandang aku. Tanpa memepedulikan mereka, aku terus melangkah ke arah bonet teksi. Membuka bonet kemudian mengeluarkan beg dengan kasar. Terkocoh-kocoh pak cik pemandu teksi keluar dari kereta membantu aku mengeluarkan barang.
“Rugi tau,” Fatimah mencelah, sambil memeriksa begnya.
Aku menarik pemegang beg, bersiap sedia untuk melangkah.
“Tak ada apa yang rugi dan menarik pun. Setakat nak tengok besi buruk tu aku tak hairan lah! Kat KL lagi hebat, ada menara berkembar!” Aku terus melangkah diikuti mereka yang lain.
“Beb, takkan nak marahkan dia kau nak mengutuk mercu tanda cinta tu?” kali ini Nisa mencelah.
 “Betul, Eiffel Tower tu tak buat salah apa pun kat kau,” sampuk Linda.
“Ah, aku tak peduli. Aku benci semuanya yang berkaitan dengan Paris!”
“Dah… dah… tak payah nak bergaduh lagi. Kita dah lambat ni, kalau tertinggal  flight naya!” sampuk Fatimah.
Langkah kami semakin laju. Ini semua salah Linda! Sibuk nak cuci mata konon. Kalau bertolak awal tadi mesti kita orang tak perlu nak tergopoh-gapah seperti sekarang. Aku menarik nafas lega sebaik saja tiba di check-in counter. Selesai urusan di kaunter kami terus bergegas menuju ke pintu masuk departure hall.  Sedang aku membelek barang yang dibawa tiba-tiba terdengar nama aku dipanggil.
Oh! Dia datang kejar akukah? Wah, sweet! Macam adegan dalam filem cinta saja. Hati aku dah teruja, tapi…
Opss… Aria! Jangan mudah tewas! Jangan-pandang-belakang! Jangan!
Okey. Aku tak akan pandang. Aku menarik nafas dalam, terus melangkah. Namun sekali lagi terdengar seseorang melaung nama aku. Hati aku bagai digaru-garu menyuruh aku berpaling.
“Weh, kau orang dengar tak apa yang aku dengar?” tanya aku pada mereka yang lain.
“Tak.” Serentak dia orang menjawab.
Okey Aria, tabahkan hati. Jangan-pandang-belakang! Mungkin hanya perasaan kau saja. Tapi… kalau betul dia yang panggil, kau jangan toleh. Dera dia cukup-cukup. Biar dia terseksa seperti mana kau terseksa. Biar dia beli tiket ke Malaysia dan cari kau dekat sana!
“Aria!”
Dek tersentak dengan panggilan yang agak kuat dari tadi, aku  terus menoleh. Alamak! Tapi dah alang-alang menoleh, aku apa lagi, terus mencari pemilik suara itu. Tapi dalam ramai-ramai itu tak nampak pun wajah yang aku kenal.
Tiba giliran Linda dan Fatimah untuk diperiksa. Mata aku terus mencari wajah dia. Mereka bertiga sudah pun melepasi bahagian pemeriksaan. Kini giliran aku pula. Pengawal keselamatan mula menjalankan tugas, sementara boarding pass diperiksa aku menoleh ke belakang. Mana dia ni?
“Aria!”
Sekali lagi nama aku dipanggil. Mata aku terus melilau. Siapa panggil aku? Mata aku terus mencari. Tiba-tiba dicelahan orang ramai itu, mata aku terpandang sepasang mata biru sedang memandang ke arah aku.
Takkan dia yang panggil aku? Tak mungkin.
Aku tak kenal dia. Aku memandang ke kiri dan kanan, mungkin dia sedang memerhati orang lain. Tapi, tak ada! Cuma aku saja di pintu masuk ini dan mata dia memang terarah ke pintu masuk ini saja. Tak berkelip mata aku memandang dia yang sedang tercegat merenung aku dicelahan orang ramai. Dahi aku berkerut.
Dia membuka mulut, serentak itu terdengar pengumuman dari pembesar suara menyebabkan suara dia tenggelam. Mulut dia terkumat-kamit seperti sedang bercakap sesuatu. Tapi… betul ke dia cakap dengan aku?
Kemudian terlihat dia bercakap dengan wanita tua sebelahnya. Dari jauh aku melihat wanita itu mengangguk kemudian mengeluarkan sebuah buku. Dia terus mengambil buku itu kemudian menulis sesuatu.
“Aria, cepat lah,” panggil Nisa sebaik saja aku selesai diperiksa.
Perlahan-lahan aku mula melangkah, dalam masa yang sama sempat menoleh ke arah lelaki itu. Terlihat dia sedang mengangkat sehelai kertas yang tertulis…
Wait. Please wait.
Wait? Wait for what?

Dahi aku berkerut. Emmm… sah, dia bukan tulis untuk aku. Aku terus melangkah menuju ke eskalator. Tapi… kenapa wajah dia macam biasa nampak?

Bersambung

7 comments:

Popular Posts