Follow me

Instagram

Thursday, 23 January 2014

Delete Scene 1 : Mencari Mr Charming - Si comel Yaya

Tak sangka, dalam ramai2 yg baca MENCARI MR CHARMING ada seorang tanya saya, kenapa scene si comel Yaya sikit je.. hahaha.. serius saya tak sangka akan ada org tanya. Sbb saya dan editor dah berbincang scene Yaya kena delete sebab nak elak dari meleret... so... demi seorang yg bertanya itu... saya tepek scene asal SI COMEL YAYA kat sini... enjoy!



Bayangkan Yaya ni adalah adik Balqis ni yaa..

Babak :  Fazrin bawa Lara ke rumah kakaknya


“Auntie nama siapa?”
“Lara Alisya.”
“Emmm… cantik.”
Sebelah kening aku terangkat. Mana dia belajar nak puji nama cantik ni?
“Auntie, ini Barbie Yaya. Cantik kan? Nama dia Tailer sweet.”
“Siapa nama dia?”
“Tai… ler… sweet.” Bersungguh-sungguh dia sebut. Siap terkeluar lidah nak sebut T kat belakang nama tu.
“Tylor Swift?” Tanya aku untuk kepastian.
“Aha.” Dia angguk sambil belek-belek patung Barbie di tangan. “Cantik kan? Rambut dia macam rambut auntie, panjang, cantik. Tengok muka dia. Bulat macam muka auntie juga. Mata dia pun sama macam mata auntie.” Ujar dia sekejap pandang Barbie di tangan sekejap pandang muka aku.
Adoi la. Kalau Fazrin ada ni mahu muntah darah dia bila dengar anak saudara puji aku secomel patung Barbie tu. 
“Auntie ada baby?”
“Patung ni?” Tanya aku.
“Bukan. Baby. Baby kecil tu.”
“Erkk… tak ada.”
“Kenapa?” Tanya dia.  Merenung wajah aku. 
Dia tanya aku kenapa?
“Emmm… sebab… auntie belum kahwin.” Dia faham ke?
“Kenapa auntie tak kahwin?”
Alah sudah! Budak ni memang betul anak saudara si Fazrin lah! Mulut tak reti nak duduk diam!
“Sebab… emmm… belum ada jodoh.”
“Jodoh tu apa?”
Haish… aku dah garu kepala. Nak bagi jawapan main-main kan, nanti kalau dia tanya mak dia naya aku.
“Jodoh tu pasangan untuk auntie lah.”
“Pasangan tu apa?” Dahi Yaya berkerut.
Aduhai! Aku tepuk dahi. “Emmm… macam mama dan papa.”
“Ooo… jadi auntie dengan uncle pun pasangan lah?”
“Eh, tak.. tak…”
“Kenapa?”
“Auntie dan uncle kawan aje.”
“Kawan tak boleh kahwin?” Tanya dia dengan jujurnya. Waaa… aku dah rasa nak menangis! Kenapalah petah sangat ni!
“Boleh… tapi…”
“Auntie kahwin la dengan uncle. Mesti mama suka. Tadi kan… mama tanya uncle kenapa tak nak kahwin. Mama suruh uncle kahwin dengan auntie.”
“Hah?” Melopong aku. Boleh percaya tak cakap budak kecik ni?
“Emmm… sebab mama tak suka auntie cantik. Mama kata suka auntie comel.” Jawab Yaya dengan wajah bersungguh-sungguh.
“Erkkk… he… he… auntie cantik pernah datang sini?” Cewahh… cuba korek rahsia.
Dia angguk. “Pernah, sekali.” Dia tunjuk jari telunjuknya.
“Cantik kan?”
“Emmm.. cantik. Bulu mata dia panjanggg… kuku dia warna pink dan panjang… Yaya pun nak kuku warna pink. Tapi, mama kata tak baik warna kuku nanti Tuhan marah.” Cerita dia tanpa rasa bersalah.
Aku tergelak kecil.
“Kuku auntie tak ada warna, mesti Tuhan tak marah kan?”
“Erkk… aha.” Aduhai. Terkelu lidah aku nak melayan budak ni. “Mana abang?” Tanya aku, kalau aku tak kawal perbualan ni memang naya aku nak jawab semua soalan dia.

“Ada. Dekat belakang, camping. Jom!” Tiba-tiba dia teruja. Bingkas bangun kemudian tarik tangan aku.

Tamat

8 comments:

  1. Heee... maceh kak jue... mcm tau2 je daku bayangkan si Yaya ni, Puteri Balqis.. sbb petah giler bila bercakap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb byg si balqis ler, leh dpt idea nih..hehehe.

      Delete
  2. sebijik cam perangai sepupu kecik kita..dia punya soklan..huhuhu..mmg erkk..aaaa..uuu...
    tu la jawapannya..hehehehehhe

    wat la cerpen ker...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann.. budak2 keck skrg memang petah. mcm anak sedara ler, inspirasi dari perangai dia jgk yg busy body..hehehe..cerpen... Insya Allah :)

      Delete
  3. hahaha..sy mmg suka part fazrin balik rumah kakak dia..
    aduhai..xmenang mulut nak melayan anak2 yg petah berkata-kata ni..yaya ni cam my niece & nephew gak bertanya soalan yg xberkesudahan..
    tu belum masuk soalan2 maut yang wat kita selalu terkedu..

    ReplyDelete
  4. Alahai Yaya. Terubat rindu aunty. Haha. Memang jenuh nak melayan budak petah camni. Mcm my niece tapi bila dah besar berat mulut. Adusss!

    ReplyDelete
  5. Alamak! Baru baca! Serius si yaya ni macam mak nenek... comey je dia duk bercakap!

    MMC mmg best kak! Baru je khatam 2 hari lepas... he he ai loikeee sampai ke bintang!

    ReplyDelete

Popular Posts